TSAM Gesa KAFA Jangan Tarik Diri!


Bekas presiden KAFA, TSAM menggesa KAFA supaya The Red Warriors perlu terus berada dalam saingan Liga Super 2017. Beliau berharap KAFA tidak akan membuat apa-apa tindakan tarik diri sebelum bertemu beliau. Memetik kenyataan beliau di laman facebook, beliau turut menyatakan akan segera pulang ke Kota Bharu dan berbincang dengan pihak KAFA serta bertemu pemain secara tertutup bagi mengatasi permasalahan ini.

Kenyataan tersebut dimuatnaik hari ini ekoran kenyataan rasmi KAFA selepas kongres luar biasa semalam yang mengekalkan keputusan untuk tarik diri dari Liga-M 2017.

Sehubungan dengan kenyataan beliau itu, pelbagai reaksi diberikan oleh penyokong The Red Warriors dan pemerhati bolasepak tanah air. Ada di antara mereka yang menganggap ini adalah sekadar sandiwara bagi tujuan tertentu malah ada juga yang menaruh harapan hanya dengan campur tangan TSAM ini bakal menyaksikan pasukan kesayangan mereka bakal kembali beraksi di Liga Super 2017. Mereka merasakan individu yang bertanggunjawab membentuk TRW sehingga menjadi gergasi bolasepak negara ini mampu memberikan penyelesaikan kepada kemelut ini.