Sri Sador Glow Glowing FC wakil Kelantan dalam LBR Wanita


Kota Bharu,  6 Januari 2017 – Skuad LBR Wanita Kelantan bakal diwakili oleh Sri Sador Glow Glowing FC dalam saingan LBR Wanita yang akan diadakan secara karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini.


Pasukan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Zailani Hasnizam Ishak ini telah mengadakan sesi pemilihan pada minggu lepas dan telah memuktamadkan seramai 25 pemain untuk membawa cabaran pasukan di kejohanan itu nanti.