Persahabatan: Kelantan 4-2 LBR Gua Musang


Kota Bharu, 7 Jan 2017 – Kelantan berjaya mencatat kemenangan pertama musim ini dalam aksi perlawanan persahabatan menentang LBR Gua Musang di Padang Mardi, Pasir Tumbuh petang tadi.


The Red Warriors yang menurunkan kesemua pemain muda kecuali Hasmizan Kamarodin dikejutkan oleh pasukan LBR Gua Musang yang berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Ketinggalan 0-1, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan Hasmizan Kamarodin sebelum LBR Gua Musang sekali lagi mendahului 2-1 menutup tirai babak pertama.


TRW memulakan babak kedua dengan kesebelasan berlainan dengan menurunkan pemain-pemain berpengalaman seperti Piya, Indra, Norfarhan dan pemain import Margaro Gomis.

Penguasaan separuh masa kedua nyata menjadi milik Kelantan apabila berjaya menjaringkan 3 gol masing-masing menerusi Khairul Izuan (2 gol) dan Zairul Fitree untuk Kelantan mencatat kemenangan 4-2.