LBR: Gua Musang Benam Bachok


Gua Musang – Perlawanan Play Off Zon Timur Liga Bolasepak Rakyat diantara Gua Musang dan Bachok yang berlangsung di Padang Sivik petang tadi dimenangi oleh pasukan Gua Musang dengan jaringan 4-1.

Terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama, pasukan tuan rumah Gua Musang bermula garang di babak kedua apabila mendahului Bachok 3-0. Ezuari Suhaidi membuka jaringan pada minit ke-57 sebelum Mohamad Azli Mat menambah dua gol menjadikan kedudukan 3-0. 

Bachok cuba bangkit menerusi jaringan Nor Irwan pada minit ke-83 sebelum Mohamad Azli Mat cemerlang menyempurnakan hatrik di penhujung perlawanan memastikan pasukan tuan rumah menang selesa 4-1.

Keputusan perlawanan:

LBR Gua Musang 4-1 LBR Bachok
Ezuari Suhaidi Che Hussain 57′ (Gua Musang)
Mohamad Azli Mat 66′ 73′ 88′ (Gua Musang)
Nor Irwan Mohamed Syukri 83′ (Bachok)