Ghaddar kembali?


Import sensasi TRW musim 2012, Muhammad Ghaddar menjadi sebutan utk mengisi kuota pemain import Asia.

Pemain yang kerap kali menjadi penyelamat TRW dan sering menjelmakan gol penting dalam situasi genting dalam membantu Kelantan bergelar Juara Treble 2012.

Tan Sri Annuar Musa seakan memberi bayangan kepulangan bekas pemain import di era kegemilangan TRW, Muhammad Ghaddar menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

“Minta Zahasmi kaji, macam mana kiranya pemain muda dengan ketinggian 6 kaki 3 inci bergandingan dengan pemain seperti Muhammad Ghaddar di barisan hadapan TRW.

“Dengan Farhan, Indra, Piya, Gomis atau lain-lain pemain mengawal barisan belakang”, ujar beliau.

Jika perkara ini menjadi kenyataan, ini bermakna Muhammad Ghaddar yang pernah menjulang kejuaraan treble bersama Kelantan akan mengisi kuota pemain import The Red Warriors.