Ghaddar atau Petratos?


Kota Bharu, 8 Jan 2017 – Ghaddar atau Petratos? Jika semalam Tan Sri Annuar Musa membayangkan Ghaddar sebagai pilihan pemain import mengisi kuota Asia, hari ini nama Dimitri Petratos pula diumumkan sebagai antara calon pilihan import TRW.

“Untuk makluman, Ghaddar masih mempunyai kontrak dengan Al Faisaly
di Liga Jordan. Okiki Afolabi pula ada kontrak dengan Talleres, Divisyen 1 Argentina. Manakala Dimitri Petratos pula masih ada kontrak dengan Brisbane Roar.

“Mengambil pemain dari kelab sedia ada sudah tentu tanpa percubaan dan melibatkan tebus kontrak atau secara pinjaman. Apapun ketua jurulatih perlu membuat kajiannya sendiri”, jelas Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook nya sebentar tadi.