Dunia Warriors Bernafas Baru!


Dunia Warriors yang dahulunya dikenali sebagai Majalah Rasmi The Red Warriors kini akan kembali dengan nafas baru. Setelah beberapa tahun menghentikan operasi disebabkan masalah teknikal, kini DW akan kembali dengan pendekatan baru.

Jika dulu Dunia Warriors merupakan media cetak dalam bentuk majalah yang diterbitkan secara bulanan bermula pada lewat 2011, kini ia tampil sebagai media online yang akan menggunakan laman web duniawarriors.com dan media sosial sebagai platform utama dalam penyampaian maklumat. Ini seiring dengan perkembangan semasa yang menyaksikan masyarakat telah beralih ke media ‘online’ dengan adanya kemudahan telefon pintar dan capaian internet yang berkembang pesar. Ternyata dengan media ‘online’ kini maklumat dapat disebarkan sengan lebih mudah, jimat dan pantas.

Selain platform baru, kandungan informasi yang akan disampaikan juga bakal melihat pertambahan liputan bukan sahaja berkaitan The Red Warriors dan bolasepak Kelantan malah akan diselitkan dengan pelbagai informasi yang berkaitan dengan Kelantan. Ini sempena nama ‘Dunia Warriors’ itu sendiri yang sinonim dengan cara hidup rakyat Kelantan yang terkenal dengan sifat berani dan jolokan ‘pahlawan’ sejak zaman Tok Janggut lagi.

Diharapkan dengan pendekatan baru ini Dunia Warriors akan dapat menjadi info-centre bukan sahaja berkaitan TRW malah seluruh info berkaitan Kelantan. Pihak Dunia Warriors juga kini bersedia untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam menjayakan konsep baru ini. Dunia Warriors boleh dihubungi di laman facebook mereka di www.facebook.com/DuniaWarriors.