Bangkit 2017


Adakah The Red Warriors akan bangkit atau bakal menarik diri dari saingan Liga Malaysia musim hadapan? Ini berikutan kemelut yang berlakua apabila kantung KAFA dikatakan tidak lagi mampu untuk menanggung perbelanjaan pasukan bagi meneruskan perjuangan pada musim 2017.

Pada 16 Disember yang lalu Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, mengumumkan mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan pada malam sebelumnya telahmendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA dan mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan disebabkan gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

Bagaimanapun beliau menyatakan, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember sekiranya berlaku keajaiban dan ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir.

KAFA memerlukan minima RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos pembiayaan mengurus pasukan sepanjang tahun. Sehingga pengumuman itu dibuat, pihak KAFA hanya memperoleh RM800,000.