TRW KEMBALI BERNAFAS!Kami rindukan musim 2012Bangkit 2017

TRW KEMBALI BERNAFAS!

Selepas hampir sebulan episod ‘tarik diri’ melanda Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), akhirnya segalanya berjaya dinoktahkan dengan keputusan positif untuk terus bersaing dalam Liga Malaysia 2017 dengan bantuan bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. The Red Warriors menarik nafas lega apabila Tan Sri Annuar Musa mengumumkan sedia menjadi penaja utama menerusi dua syarikat di bawahnya iaitu Al Hamra dan Red One.

Selanjutnya

Kami rindukan musim 2012

Para penyokong The Red Warriors masih mengharapkan pasukan kesayangan mereka itu akan menyertai saingan Liga Malaysia 2017. Mereka melihat ada sedikit 'sinar' apabila terdapat beberapa pihak berminat untuk menaja dan membantu pasukan yang pernah menjadi kuasa bolasepak negara beberapa tahun yang lalu.

Selanjutnya

Bangkit 2017

Kebanyakkan penyokong masih terbayang zaman kemuncak TRW sekaligus merangkul gelaran treble pada musim 2012. Ternyata kenangan itu masih terpahat dalam kenangan setiap penyokong TRW. Selepas kejayaan tersebut, pasukan Kelantan dilihat semakin merudum sehingga mengumumkan untuk menarik diri dari saingan Liga Malaysia 2017 akibat kekurangan dana.

Selanjutnya